TENTANG TANDA-TANDA KITA HADAPI MASALAH KEWANGAN.

TANDA KITA ADA MASALAH WANG
1. Kita makin rajin meminjam dari sedara dan kawan kawan kita. Malu dah makin tiada
2. Topik gaduh dengan isteri mesti soal belanja, sapa mintak duit mesti kena sergah punya.
3. Kita tiada simpanan kecemasan sebanyak 6 bulan gaji kita. Jika gaji RM2000 kita sepatutnya ada simpanan RM12,000 sahaja.
4. Aktiviti ambik duit tabung dan korek ASB kita kerap lakukan. Kerap ambik dari simpan
5. Kerap dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang.
6. Bayaran kad kredit paling minimum, belanja macam anaconda.
7. Hutang kad kredit bertambah tiap bulan. Kita tak kisah jumlahnya.
8. Kerap guna kad kredit hingga maksimum jumlahnya. Semua yang Lasazadah jual dia ada.
9. Mengambil duit tunai dari kad kredit untuk belanja. Gaji dah habis bayar kereta.
10. Hujung bulan bank selalu telefon bagi ingatan cinta pada kita, “Cik dah buat bayaran honda Cik”?. Kita gelabah bukan kepalang.
Jika dah ada tanda ini, belajar selesaikan hutang kecil dulu. Jika tak jalan juga hubungi kami buat temu janji.
#JagaWangKitaBetulBetul
#KemarauPanjangMulaMelanda
#KongsikanJikaBermanfaat