MAJLIS DOA SELAMAT DAN TAHLIL

Bismillahirrahmanirrahim,

Terlebih dahulu, Syarikat T7BS Holding mengucapkan selamat datang  dan terima kasih kepada semua para tetamu jemputan serta hadirin kerana sudi hadir ke Majlis Bacaan Yasin , Tahlil dan Doa Selamat sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba.

Di samping itu juga, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya telah memberi peluang dan kesempatan kepada kita semua untuk  berhimpun dalam majlis agama dan semoga ilmu yang kita perolehi dapat memberi manfaat untuk semua.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan surah yassin, tahlil serta doa selamat yang akan dipimpin oleh Yang Berbahagia Al Fadil Ustaz Halimi dari Madrasah seksyen 7.

 

Sejurus selepas itu majlis diteruskan dengan sesi makan tengah hari

 

 

Majlis mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahu pun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t.

Tiada kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir menjayakan Majlis Bacaan , Tahlil dan Doa Selamat.

Akhir kata, sempena bulan Ramadhan yang akan tiba, kami dari Syarikat T7BS Holding memohon maaf kepada pelanggan jika ada melakukan kesilapan yang tidak disengajakan dan pihak Syarikat ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada pelanggan kami, muslimin dan musliman juga. Saya sudahi majlis ini dengan wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum wbt.