Laporan CCRIS bermasalah

Central Credit Reference Information (CCRIS) ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Di dalam laporan CCRIS terdapat maklumat berkenaan Pembiayaan Tertunggak (Outstanding Balance). Laporan CCRIS memaparkan jumlah keseluruhan dan baki pembiayaan yang tertunggak, termasuklah kelakuan pembayaran dan status undang-undang. Berdasarkan laporan ini pihak bank akan mengira komitmen bulanan kita kemudian ditambah dengan komitmen yang baru. Sekiranya lebih daripada kemampuan pemohon, pihak bank akan minta tambah guarantor atau deposit untuk kurangkan komitmen.