Kesan AKPK Kepada Penjawat Awam

Tidak ada statistik yang dibuat berkenaan dengan kadar keberhutangan penjawat awam ini, tetapi beberapa info ini boleh membuatkan anda buka mata dan jika anda datang ke laman web ini disebabkan ingin tahu berkenaan dengan info AKPK, anda datang ke tempat yang betul. Kami akan berikan beberapa tips untuk anda bagaimana untuk elak dari terperangkap dengan hutang juga kesan AKPK untuk kakitangan kerajaan.

1 Penjawat awam diburu Ah Long

2 Kakitangan Kerajaan belanja lebih separuh bayar hutang

Daripada kedua-dua artikel ini, dapat disimpulkan yang kakitangan kerajaan memang ramai yang dibelenggu dengan hutang yang terlampau tinggi. Pengalaman saya sebagai seorang Agen Hartanah Berdaftar juga kerap berjumpa dengan masalah yang sama. Terutama apabila saya cuba mengira kelayakan peminjam yang daripada sektor awam. Yang menjadi masalah adalah apabila saya melihat jumlah personal loan ataupun tolakan Angkasa yang kerap dan terlalu tinggi.

Perkara ini memang memberikan kesan yang serious kepada pinjaman perumahan dan perlu untuk dibendung agar tidak terjerat dengan hutang. Memang terlalu mudah untuk penjawat awam buat personal loan, 3 hari sahaja dah lulus dan kebanyakan bank-bank yang memberikan kelulusan pantas seperti ini adalah Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain. Ini adalah antara sebab kenapa ramai penjawat awam yang mempunyai hutang yang tinggi.

AKPK Untuk Kakitangan Kerajaan

Kakitangan kerajaan yang terlibat dengan AKPK juga perlu melalui proses yang sama seperti kakitangan bukan kerajaan iaitu sesi kaunseling dengan pihak AKPK. Ianya penting untuk pihak Agensi Kaunseling mengetahui kedudukan kewangan anda dan penting dalam memberikan nasihat kewangan yang berkesan.

Sama seperti sektor swasta, pihak AKPK akan struktur balik pinjaman anda terutama yang berkaitan dengan kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman rumah. AKPK akan satukan kesemua hutang ini dalam akaun AKPK dan tarik tahun pinjaman lebih panjang mengikut keselesaan anda. Dari situ boleh buat pembayaran sama ada secara terus ataupun tolakan daripada slip gaji.

Kesan Daripada Pinjaman AKPK

Kesan yang ketara adalah, anda tidak dapat membuat pinjaman baru sama ada pinjaman kereta, rumah, personal loan dan lain-lain. Apabila anda berada dalam program ini, seseorang itu dikategorikan sebagai “peminjam bermasalah” dan anda perlu keluar daripada program ini untuk membuat pinjaman semula.

Apabila anda sudah berjaya keluar daripada program ini pun, perlukan masa setahun untuk anda membuat permohonan pinjaman baru. Ini adalah antara kesan yang ketara dalam pembiayaan rumah anda.

AKPK Potongan Angkasa

Untuk info, anda juga boleh menggunakan potongan angkasa untuk pembayaran AKPK dan fungsi ini memang ada. Tetapi, nasihat saya adalah, lebih baik anda bayar je melalui online transfer dan sebagainya setiap bulan. Anda mempunyai lebih kemampuan untuk membuat pembayaran dan ada masa anda boleh juga bayar lebih sikit agar pinjaman anda cepat habis. Potongan angkasa tiada fungis seperti ini.

Cuba disiplin diri untuk membayar secara terus walaupun anda mempunyai pilihan untuk potongan angkasa. Apapun pilihan di tangan anda.

JADI, KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI BERIKUT BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN KAMI, INSYAALLAH KAMI AKAN CUBA MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA.

-ZARIF-