Buat Pembiayaan Semula

Image result for pinjaman baru"

Buat Pembiayaan Semula

Pembiayaan semula ni selalunya orang buat sebab nak strukturkan semula semua pinjaman yang ada kepada kepada satu pinjaman baru. Maksudnya kat sini, korang gabungkan kesemua baki hutang pinjaman yang sedia ada ke dalam satu akaun pinjaman baru yang lagi tinggi. Pembiayaan semula yang dibuat ni dapat tawarkan syarat pinjaman yang sesuai dengan kemampuan kewangan korang contohnya, untuk  dapatkan kadar faedah yang lagi rendah dan ansuran bulanan yang jejaskan bajet kewangan bulanan korang. Bukan tu je, kalau korang buat pembiayaan semula dengan nilai yang lagi tinggi dari baki hutang pinjaman anda, lebihan pembiayaan semula tu korang boleh jadikan sebagai wang tambahan dalam bajet korang. Senang kata, tujuan buat pembiayaan semula ni begantung kepada apa yang korang nak sebenarnya, sama ada nak dapatkan manfaat dan syarat pinjaman yang lagi baik dari pinjaman sebelum, dapatkan rebat atau untuk dapatkan wang tambahan yang dapat bantu kewangan korang. Mungkin sebelum ni skor kredit korang tak tinggi lagi, jadi pinjaman yang korang buat tu agak membebankan macam kadar faedah yang tinggi, tempoh bayaran yang lama, ataupun ansuran bulanan yang tinggi. So, dengan buat pembiayaan semula, korang dapat settlekan secara penuh pinjaman korang yang tak best tu dan seterusnya bebas dari terikat dengan syarat pinjaman yang menjejaskan kewangan korang.