APA BEZA CCRIS DAN CTOS???

Ada Apa Dengan CCRIS?

CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) ni datang dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Semua report kredit CCRIS disediakan dan diuruskan oleh Biro Kredit BNM. Di sinilah semua maklumat kredit dari pelbagai syarikat kewangan di Malaysia terlibat, seperti bank, broker insuran, dan ada juga syarikat-syarikat swasta macam telekomunikasi.

Di dalam report CCRIS tu ada pelbagai info yang membantu institusi kewangan seperti bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan. Info yang dorang boleh tengok kat dalam report CCRIS tu adalah:

  • Semua pinjaman/kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
  • Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan

Ramai yang ingat bila rekod tak cantik je, CCRIS boleh blacklist seseorang tu, tapi itu sama sekali tidak benar.

Sebabnya, CCRIS ni hanya menyediakan info dan data yang diperlukan oleh institusi kewangan untuk membuat keputusan.

ctos, ccris, pinjaman perumahan, ctos malaysia, ccris malaysia, pinjaman rumah

Anda kena ingat yang CCRIS tak ada kuasa untuk blacklist siapa-siapa, dan info yang dorang sediakan pun ada yang negatif dan ada juga yang positif.

Antaranya, ialah sejarah pembayaran semula yang bagus dan pemohonan pinjaman perumahan yang dah lulus.

 

Macam Mana Pula Dengan CTOS?

CTOS (CTOS Data Systems Sdn Bhd) adalah organisasi persendirian atau syarikat swasta yang juga menyediakan report kredit.

Ia digunakan secara meluas oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk tentukan kelayakan kredit pemohon, sama ada individu atau syarikat.

Selalunya, memang institusi kewangan akan gunakan lebih dari satu report kredit untuk tau macam mana sebenarnya keadaan kredit dan keupayaan pemohon untuk bayar balik hutang.

Info dalam CTOS pula datang dari pelbagai sumber-sumber awam seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), notis dari akhbar, penerbitan prosiding undang-undang, dan warta kerajaan.

Antara info yang institusi kewangan boleh semak dari report CTOS adalah:

  • Status muflis
  • Tindakan undang-undang
  • Status kes
  • Pemilikan dan info perniagaan

Sama juga macam CCRIS, yang CTOS ni hanya sediakan fakta je dalam report dan tak ada kuasa untuk blacklist mana-mana individu, atau bagi komen dan pandangan pasal report tu.

ctos, ccris, pinjaman perumahan, ctos malaysia, ccris malaysia, pinjaman rumah

 

Beza Antara CCRIS Dan CTOS

Dalam kebanyakan kes, memang institusi kewangan akan tengok kedua-dua report kredit CCRIS dan CTOS ni sebelum dorang buat keputusan nak luluskan atau tolak permohonan pinjaman rumah dari sesiapa pun kat Malaysia.

Tapi, walaupun report CCRIS dan CTOS digunakan untuk alasan yang sama, apa yang disediakan tak semua sama (macam kembar tak seiras la, kiranya)!

Satu perbezaan yang paling ketara adalah CCRIS datang dari badan kerajaan Bank Negara Malaysia, manakala CTOS adelah sebuah syarikat swasta.

Lagi satu, cara info dikumpulkan untuk report tu pun berbeza. CCRIS dapat info daripada institusi kewangan di Malaysia, CTOS pula dapatkan info kredit daripada sumber awam yang dibagitau kat atas tadi.

 

Report CCRIS Dan CTOS Ni Macam Penting Sangat…

Semestinya penting! Semua info yang ada dalam report CCRIS dan CTOS tu lah yang menggambarkan macam mana kewangan korang, dan siapa korang sebagai peminjam di alam yang nyata ni!

Kat bawah ni ada dua sebab utama kenapa CCRIS dan CTOS penting untuk korang, dan juga dalam dunia kewangan di Malaysia:

1) Analisis Dari Pihak Bank

Sebelum bank nak luluskan atau tolak permohonan yang ada, setiap permohonan kad kredit atau pinjaman rumah akan lalui proses kelulusan kredit dulu. Masa tu, bank akan gunakan report CCRIS dan CTOS untuk semak status kredit pemohon.

Kalau status tu positif, bank boleh luluskan permohonan tu, tapi kalau report tu nampak macam tak best je, yang memohon tu asyik tak bayar hutang on-time lepas itu tertangguh-tangguh, memang susah sikit bank nak luluskan.

ctos, ccris, pinjaman perumahan, ctos malaysia, ccris malaysia, pinjaman rumah

Report kredit tu juga yang pihak bank akan guna untuk tentukan Nisbah Khidmat Hutan (Debt Service Ratio/DSR) orang yang memohon sebelum nak luluskan mana-mana permohonan.

Benda ni sangat penting untuk bank sebab dah ambil risiko yang tinggi bila meluluskan permohonan korang. So, bila guna CCRIS dan CTOS ni, dapat lah bank kurangkan risiko yang ada tu.

2) Sejarah Bayaran Balik Hutang

Apa yang ada dalam report CCRIS dan CTOS tu semuaya benda yang dah pernah jadi dalam kewangan korang.

Kiranya macam bila korang tengok atau search apa-apa kat Internet, semuanya akan masuk dalam sejarah pelayaran tu kan?

Cuma yang sejarah CCRIS dan CTOS ni, korang tak boleh nak akses dan padam sesuka hati. Info dari report-report tu yang menunjukkan kalau seseorang tu mampu nak komit untuk buat bayaran semula tiap-tiap bulan.

Apa sahaja pinjaman yang korang penah ambil dan bila bayaran tu dibuat, semua akan direkod. So, kalau bayaran tu lambat pun akan masuk dalam report kredit.

Selalunya, bila dah ada rekod lambat-lambat, ni jadi susah lah nak lulus permohonan kad kredit atau pinjaman perumahan.

Kalau korang tak nak ada masalah dengan permohonan yang dibuat, kena selalu kemaskini laporan kredit dan pastikan semuanya berada dalam keadaan positif, okay?