Tentang T7BS
T7BS MASA KINI
VISI
Visi utama kami ;
Menyediakan khidmat rundingan dan nasihat kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan & mempunyai masalah memohon pinjaman peribadi.
MISI
Misi kami adalah seperti berikut;
- Memberi khidmat nasihat dan rundingan kewangan yang tepat & berkesan
- Melahirkan kakitangan yang profesional, komited & berkualiti
- Menyediakan suasana kerja yang selesa & harmoni
- Memberi layanan yang mesra kepada pelanggan
SEJARAH & LATAR BELAKANG
T SEVEN BS HOLDINGS SDN BHD (T7BS) telah beroperasi semenjak Januari 2014, di mana pada ketika itu T7BS beralamat di Jalan Pinang Siri, Seksyen 18 Shah Alam bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Kemudian, apabila T7BS semakin berkembang maju, kami kemudiannya berpindah ke tingkat 13A, Plaza Azalea Seksyen 14, Shah Alam iaitu pada Februari 2015.
Oleh kerana pertambahan pekerja, syarikat terpaksa berpindah lagi ke pejabat yang lebih besar dan selesa di bangunan yang sama tingkat 16. Pejabat baru ini lebih besar dan dapat menampung ruang untuk 20 kakitangan.